Assalamualaikum semua,
Hari ni nak share berkaitan satu klausa dalam takaful yang disebut sebagai
Hilang Upaya Kekal / Keseluruhan
Pernah tak semak sijil takaful masing-masing?
Ada tak perlindungan diberi nama Hilang Upaya Kekal / Keseluruhan?
Hilang upaya kekal merujuk kepada keadaan fizikal atau mental yang berkekalan dan mengurangkan keupaayan seseorang untuk bekerja atau menjalankan sebarang pekerjaan termasuk menguruskan diri sendiri.
- Contoh: Tidak dapat melihat dengan kedua-dua mata (buta), kehilangan kedua-dua tangan atau kaki, atau mengalami kelumpuhan sehingga menyebabkan terlantar atas katil (bedridden).
π― Bagaimana ingin membuat tuntutan bagi ahli keluarga yang mengalami Hilang Upaya Kekal?
1. KWSP
Salah satu caranya adalah melalui KWSP. KWSP Membenarkan pengeluaran simpanan KWSP jika hilang upaya menghalang anda bekerja, dan menawarkan Bantuan Hilang Upaya one off RM5,000 bagi yang layak. Cuma pastikan majikan anda mencarum di KWSP ya.
Dokumen yang diperlukan:
- Salinan dokumen pengenalan diri
- Buku bank/ penyata akaun semasa
- Borang KWSP 9L
- Dokumen sokongan: Laporan perubatan, Surat Penamatan Perkhidmatan daripada majikan dan Surat temuduga dari pegawai KWSP
Anda juga boleh merujuk dokumen ini untuk Senarai Semak Dokumen Hilang Upaya
2. Skim Bencana Pekerjaan di bawah PERKESO (atau SOCSO)
Di dalam skim ini, manfaat Hilang Upaya Kekal boleh dimohon dan salah satu syarat permohonan adalah pekerja mengalami hilang upaya kekal berpunca daripada pekerjaan.
Di dalam skim ini, manfaat Hilang Upaya Kekal boleh dimohon dan salah satu syarat permohonan adalah pekerja mengalami hilang upaya kekal berpunca daripada pekerjaan.
Kadar harian Faedah Hilang Upaya Kekal yang dimohon adalah 90% daripada gaji harian purata dengan kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM178.50 sehari.
Dokumen yang diperlukan:
- Dokumen Tuntutan Faedah Hilang Upaya Kekal
- Laporan Perubatan
Sebaiknya anda ke pejabat PERKESO terdekat untuk mendapat maklumat lebih lanjut.
3. Bagi mereka yang mempunyai insurans atau takaful, anda boleh menghubungi agen atau konsultan takaful anda untuk memohon manfaat ini atau bertanya sekiranya plan takaful anda telah dilengkapi dengan manfaat ini. Manfaat di dalam plan takaful biasanya lebih tinggi dan ada pilihan bayaran manfaat secara one off, atau mengikut tahunan.
Sayang jika plan takaful hanya ada hibah kan, tiada manfaat Hilang Upaya Kekal sedangkan ketika ini pelbagai isu kewangan perlu diselesaikan termasuklah isu kos perubatan dan pemulihan. Jangan abaikan ya.
Jika berhasrat untuk membuat review plan takaful anda atau ingin bertanya lanjut plan takaful yang sesuai, boleh menghubungi saya di sini: https://linktr.ee/Izasutarzi
Terima kasih sudi membaca. Jika ada sebarang komen boleh tinggalkan di bawah ya. ^-^
Comments
Post a Comment