TAKAFUL AL-SHAMS HARAPAN KEDUA BUAT MEREKA YANG TERSAYANG ~ BERMULA SERENDAH RM50 SAHAJA

HARAPAN KEDUA BUAT MEREKA YANG TERSAYANG 


Pernah mohon takaful, tapi kena reject? Sebab yang diberi : 

✅ Berat badan melebihi BMI > 35

✅ Mempunyai sejarah kesihatan 

✅ Pemegang Kad OKU 

Atau lain-lain? 

Jom, saya perkenalkan Takaful Al-Shams. Takaful GUARANTEE LULUS. TANPA MEDICAL CHECK UP dan bermula serendah RM50 sahaja 


Manfaat Al-Shams: 

1. Tanpa Pemeriksaan Kesihatan

Seperti yang diterangkan. Takaful hibah ini dijamin tidak memerlukan medical check up. Lebih menarik lagi, ia sangat sesuai diambil oleh mereka yang sudah memiliki sejarah sakit. 

2. Manfaat Perlindungan Hilang Upaya Kekal Keseluruhan (HUKK) atau lumpuh 

Manfaat ini akan diberi sekiranya mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan. 

Pengecualian
Pengecualian berlaku bagi keadaan lumpuh yang terjadi akibat kesihatan sedia ada. (Exclusion for Existing Illness) 

Contoh pengecualian, jika client pernah terkena sakit kencing manis dan terkena lumpuh akibat kencing manis seperti potong kaki dan lain-lain yang disebabkan oleh kencing manis.

Tetapi, jika lumpuh berlaku akibat kemalangan, pampasan ini akan diberikan.

Untuk kes kematian, tiada pengecualian jika berlaku kematian walaupun disebabkan sejarah kesihatan lalu asalkan kematian berlaku selepas 2 tahun. Jika kurang 2 tahun, semua caruman akan dikembalikan kepada waris. 


3. Caruman mampu milik dengan manfaat lebih tinggi! 

Serendah RM50, Encik R yang berusia 43 tahun dapat menyediakan sejumlah jaminan kewangan bernilai sehingga RM107,400 (bagi kematian akibat kemalangan) andai beliau pergi menghadap Ilahi.




4. Gandaan Berganda untuk Manfaat Kemalangan 


Contoh kes: 
Encik R mempunyai sejarah kanser. Beliau telah memilih untuk mengambil Plan Takaful Mampu Milik Takaful Al-Shams :

  • Umur: 43 tahun
  • Bayaran bulanan: RM50.00
  • Sejarah Sakit: Kanser Paru-Paru
  • Tempoh bayaran: sehingga berusia 80 tahun
  • Jumlah Asas - RM65,540

  • Manfaat hibah
  1. Meninggal Dunia (semula jadi / penyakit) selepas 2 tahun - RM65,540
  2. Meninggal Dunia Akibat Kemalangan - RM131,080
  3. Meninggal Dunia Akibat Kemalangan dalam Pengangkutan Awam - RM196,620
  4. Meninggal Dunia Akibat Kemalangan di luar negara - RM262,160

4. Pampasan Tambahan 5% daripada Jumlah Asas untuk Pemulihan Tahunan HUKK 


5) Pampasan kematian akibat kemalangan sebanyak RM10,000 untuk 4 ahli keluarga (pasangan & anak-anak).

InsyaAllah, antara yang menarik dalam plan ini ialah penyediaan perlindungan kematian akibat kemalangan bagi ahli keluarga kita. Musibah berlaku bukan diminta. Apa yang boleh kita buat dari sekarang adalah bersedia. 

6) Manfaat Ihsan. Bayaran Khairat Kematian RM2,000 

Sebagai bantuan tambahan, khairat kematian ini turut disediakan bagi memudahkan urusan keluarga selepas pemilik takaful meninggal dunia.

7) Hak Penjagaan Istimewa buat Ahli Keluarga. 

Sekiranya, anda sebagai pemilik sijil takaful ini 'pergi dulu', ahli keluarga anda layak menyertai mana-mana pelan takaful yang baharu di bawah Zurich Takaful. Ahli keluarga anda layak sehingga 25% daripada jumlah asas perlindungan tanpa sebarang 

InsyaAllah saya akan tambah lagi maklumat berkaitan Takaful ini diposting akan datang. 

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Boleh klik link di bawah. 

Sekian,
Iza Sutarzi


Comments