“Medical card bukan macam kad hotel…”
Ramai fikir bila dah bayar takaful atau medical card setiap tahun, mereka automatik boleh masuk hospital bila-bila masa tanpa soal.
Contoh ayat yang selalu keluar:
“Saya dah bayar 5 tahun, takkan tak dapat GL?”
“Saya bayar RM5,000 setahun, mestilah terus dapat servis masuk hospital!”
Tapi realitinya…
Medical card bukan kad keahlian hotel — yang kalau bayar RM800 setahun, memang confirm dapat penginapan 3H2M free.
π‘ Medical card = perlindungan kewangan, bukan beli duit pampasan.
Bila kita bayar caruman, kita bayar untuk jaminan tanggung rugi bila berlaku risiko.
Jaminan ini ada terma, syarat & pengecualian yang ditetapkan dalam kontrak.
Contoh mudah:
Bayar takaful ni ibarat kita bayar yuran masuk ke dalam Tabung Kecemasan Bersama.
Contoh:
-
Kita bayar RM5,000 setahun.
-
Bila perlu, kita boleh mohon guna dana sehingga RM1 juta.
Tapi dana ni bukan duit kita seorang — ia duit ramai orang yang syarikat Takaful jaga di bawah audit Bank Negara.
Jadi, tak boleh “asal minta terus bagi” — mesti ikut syarat yang dah dipersetujui.

➡️ Dalam post seterusnya, saya akan kongsi kenapa ada syarikat tiba-tiba ketatkan GL untuk penyakit tertentu. Dan apa maksud ‘Tabung Burst’.
Comments
Post a Comment