Kebiasaannya apabila memohon takaful, seorang konsultan akan meminta kita menjawab beberapa soalan, antara soalan yang biasa ditanya adalah:
Cik Puan atau Tuan pernah sakit atau masuk hospital?
Bila kali terakhir cek tekanan darah?
Berapa berat dan tinggi terkini?
Soalan di atas sangat berkait dengan LULUS atau TIDAK permohonan takaful kita. Oleh itu, perkongsian kali ini menjurus kepada
3 Sebab Utama Mengapa Pihak Takaful Reject Permohonan Anda.
Mohon jawab dengan jujur ya.
Sebab 1: Tuan / Puan / Cik pernah warded?
Soalan ini akan menjurus kepada soalan yang biasa.
Andai jawapan anda, ya, saya pernah masuk hospital. Agen akan bertanya soalan seterusnya iaitu apakah sebab masuk hospital dan bilakah tahun anda 'warded'.
Jawapan kepada soalan ini diperlukan oleh konsultan takaful untuk menjawab Borang Kesihatan client. Hanya pastikan anda jujur semasa menjawab, insyaAllah tiada masalah.
Biasanya apabila siap proses mengisi borang permohonan plan takaful client, pihak takaful akan menilai jawapan yang diberi dan sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, pihak takaful akan meminta client mengisi borang maklum balas berkaitan sebab masuk hospital dan jika ada keperluan tambah akan meminta client mendapatkan Laporan Perubatan daripada hospital.
Proses ini dipanggil underwriting.
Pihak takaful mungkin terpaksa menolak permohonan anda jika rekod anda menunjukkan penyakit yang berisiko tinggi untuk berulang seperti cist atau carcinoma-in-situ yang boleh membawa risiko kanser. Tetapi ini mungkin berbeza bagi setiap syarikat takaful.
Sebab 2: Adakah Tuan / Puan / Cik mempunyai sakit?
Adakalanya soalan ini sedikit tricky, sebab sakit yang dialami adalah sakit yang dialami sejak kecil tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara kepada kesihatan sekarang.
Akan tetapi, adalah wajar client memberitahu dengan jujur penyakit yang dialami.
Contoh situasi.
Client pernah cedera tulang belakang ketika bermain bola waktu zaman sekolah. Sakit telah pun dirawat dan tiada lagi sakit yang dialami selepas itu.
Oleh itu, client perlu memberitahu agen, "saya ada kecederaan di tulang belakang ketika sekolah pada tahun sekian-sekian. Tetapi, kini sakit tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom dan saya sihat sehingga kini. Alhamdulillah."
Kejujuran client sangat dihargai. Seharusnya agen menjawab borang kesihatan dengan jujur bagi memudahkan client jika ada tuntutan (claim) di masa hadapan. Pihak takaful juga akan membantu memberi tawaran tertentu mengikut syarat tertentu.
Sebab 3: BMI awak cantik tak?
Adakalanya badan sihat tetapi BMI kurang cantik. Had biasanya takaful menolak permohonan seseorang adalah jika BMI nya lebih 35 dan ke atas. Jika BMI 30-35 pula terdapat loading atau lebih mudah difahami caj bulanan yang perlu ditambah kerana terdapat risiko berat badan.
BMI = Berat (kg) / ketinggian (m)²
Contoh pengiraan:
- Berat Badan = 80kg
- Tinggi = 163cm = 1.63M
- Maka, BMI = 80kg / (1.63m x 1.63m) = 30.1
Carta BMI
Seorang agen mestilah inginkan yang terbaik untuk client. Manakala pihak takaful perlu juga menjaga banyak kepentingan banyak pihak seperti kepentingan shareholder dan setiap orang yang dilindungi. A win-win situation.
Walau bagaimanapun, kita harus jujur apabila memohon takaful. Ini akan sangat membantu terutama diri kita sendiri terutama apabili mahu membuat tuntutan. Maklumat yang tepat akan membantu anda mendapat perlindungan yang tepat. Jangan takut ya.
Tetapi, jika perlindungan anda telah ditolah kerana 3 sebab di atas, boleh juga memohon takaful guarantee lulus. Ada beberapa syarikat takaful yang menyediakan plan takaful ini.
Anda berminat?
Boleh click di sini: Al-Syams. Harapan Kedua Buat Pesakit atau hubungi saya Al-Syams
Terima kasih kerana membaca
Cik Iza Takaful
Comments
Post a Comment