π Bank Negara Malaysia turunkan OPR!
Tapi… apa sebenarnya OPR ni? Penting ke untuk kita yang dah ada rumah sendiri?
OPR bermaksud Overnight Policy Rate – ia adalah kadar rujukan yang digunakan oleh bank-bank di Malaysia untuk menentukan kadar pinjaman kepada pelanggan.
➡️ Bila OPR turun, bank boleh turunkan kadar faedah pinjaman (termasuk loan rumah)
➡️ Bila OPR naik, kos pinjaman naik, ansuran rumah mungkin naik
Pengaruh terbesar dimainkan oleh OPR ni dimana?
π§Kadar pinjaman (loan interest rate)
π§Kadar simpanan (saving/fixed deposit rate)
Bayangkan OPR ni macam "kadar asas" yang jadi rujukan semua institusi kewangan – dan setiap perubahan dia beri impak terus kepada komitmen bulanan kita.
π§ Kenapa Bank Negara Turunkan OPR Julai 2025 Ni?
Berdasarkan pengumuman rasmi:
π OPR diturunkan 25 mata asas → daripada 3.00% kepada 2.75%
π
Berkuatkuasa mulai 10 Julai 2025
Sebab utama penurunan:
-
Pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih perlahan daripada jangkaan
-
Kesan ketegangan geopolitik dan perang perdagangan global
-
Inflasi terkawal, jadi ada ruang untuk bantu ringankan beban rakyat
π Bank Negara harap penurunan ini dapat bantu:
-
Ringankan beban kewangan isi rumah
-
Galakkan lebih banyak aktiviti ekonomi
πΈ Jom kita semak,
Awak dah ada rumah sendiri? bayar loan setiap bulan?


➡️ Inilah masa terbaik untuk semak semula:
-
Komitmen bulanan (mungkin turun)
-
Perlindungan takaful yang berkait dengan pinjaman rumah
-
Apa nak buat dengan lebihan tunai bulanan?
✅Nota kaki:
-
π OPR Baru (Julai 2025): 2.75%
-
π Berkuatkuasa: 10 Julai 2025
-
π Penurunan OPR pertama sejak 2019
-
π‘ Rujukan: Astro Awani & Bank Negara Malaysia
Comments
Post a Comment