Masa nak outstation haritu, team saya Cik Hajjar sempat ingatkan untuk ambil takaful travel.
Dia offer nak carikan plan sesuai… terus teringat pengalaman orang share naik AA, flight delay sampai berjam-jam, kena sidai pulak tanpa proper hospitality.
Seram weh. Kalau kena kat diri sendiri, memang telan air liur jawapnya.
Lepas tu viral lagi — seorang pelawat Malaysia kena tanggung kos rawatan ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ๐ฌ๐ธ sebab masuk hospital ketika di luar negara. Kita ni… kayap ada lah, tak kayo mano

Sebagai agen takaful, bila baca kes macam ni, memang faham sangat memang ada benda tak cover kalau ambil takaful travel.
Saya minta izin share kat sini, mana tau berguna untuk siapa-siapa yang nak travel lepas ni. At least boleh semak dulu sebelum terbang.


Takaful travel tak cover sakit kritikal kecuali kemalangan. Medical card lebih penting untuk rawatan hospital. Ada medical card yang cover up to 1 million jika sesuatu berlaku di luar negara. Cuma,

Kebanyakan travel takaful: kena bayar dulu, baru claim lepas balik Malaysia. Simpan gambar dokumen sebaiknya tau. Takut dokumen ter -missplace, satu hal nak mencari.

Kalau berlaku kematian, takaful travel biasanya akan cover kos bawa balik jenazah. Setakat pengalaman di Zurich memang kita cover selain Etiqa juga. Cuma yang lain mungkin kena semak semula

Kos di luar negara ikut currency atau mata wang mereka. Kadang coverage tu tak sebanyak medical card. Kos ICU di luar negara boleh mencecah ratusan ribu.

Passport, polisi takaful, nombor hotline save siap2– mudah rujuk bila kecemasan.

Simpan siap-siap nombor hotline antarabangsa travel takaful anda.
- Eropah - 112
- UK, ASIA, MALAYSIA - 999
- US - 911

Kadang terlepas pandang sikit yang ni. Sebenarnya sakit sedia ada (contoh: darah tinggi, diabetes) biasanya tak dilindungi melainkan anda ada medical card (bukan travel takaful, ya) yang dah pun lebih 2 tahun. Bagi tahu siap-siap.

Kadang terlupa, ahli keluarga perlu tahu polisi apa yang anda ada & langkah bila berlaku musibah. Kalau tak percaya keluarga, kawan baik ada atau agen macam saya pun ada. Cewah.. Haha


Tuan-tuan dan puan-puan, selamat menaiki pesawat AK 5196 ke Kusching, Sarawak.. Baca nada pramugari ya. Haha
Terima kasih semua baca sampai habis. Jemput share 

Comments
Post a Comment