Memandangkan ada client tanya Cik Iza, ada plan takaful yang sesuai tak untuk dapatkan tax relief untuk anak ni? Sharing sedikit berkaitan dengan tax relief untuk takaful pendidikan anak.
Ibu Ayah,TAK PERLU NAMA “EDUCATION PLAN” UNTUK CLAIM CUKAI!
Ramai ibu ayah yang tak tahu,
plan takaful anak boleh layak pelepasan cukai pendidikan walaupun bukan atas “education plan”.
Macam ni, jika plan takaful atas nama ibu atau ayah
– Hibahkan kepada anak
– Tempoh matang anak antara umur 13–25 tahun
Jika plan atas nama anak,
– Mesti ada Payor Benefit Rider
– Tempoh rider = tempoh sijil asas
– Caruman digabung → semua layak untuk tax relief
Jadi nampak lebih mudahkan? Kalau dah memang ada takaful hayat sendiri, namakan anak sebagai penerima hibah. Tapi cadangan saya adalah sediakan satu plan takaful khusus untuk lindungi anak. Ini lebih penting dan akan memudahkan ibu ayah di kemudian hari. InsyaAllah.
💡 Tips untuk plan takaful anak:
1. Pastikan ada manfaat sakit kritikal
2. Jika boleh letak sekali manfaat elaun hospital - yang ni nanti boleh claim jika anak masuk hospital dan ibu ayah terpaksa ambil cuti tanpa gaji kerana jaga anak.
3. Fahami tempoh matang sesuatu plan, jika nak cover anak - mungkin tak perlu sampai tempoh 30 tahun kan?
4. Ada saving bukanlah kemestian tetapi jika ada ia boleh bantu tabung pendidikan anak nanti
5. Sediakan bajet bersesuaian
𝐿𝑖𝑛𝑑𝑢𝑛𝑔𝑖 𝑎𝑛𝑎𝑘, 𝑟𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑛𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑖𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 & 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑎𝑛𝑓𝑎𝑎𝑡 𝑐𝑢𝑘𝑎𝑖 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖.
#takafuleducation #zurichtakaful #TaxRelief #LHDN
Comments
Post a Comment