Skim Lindung 24 Jam PERKESO: Perlu Lagi Ke Jika Dah Ada Medical Card, Hibah & Critical Illness? (Panduan Lengkap 2026)
Skim Lindung 24 Jam PERKESO: Perlu Lagi Ke Kalau Dah Ada Takaful?
Ramai pekerja keliru sama ada perlu menyertai Skim Lindung 24 Jam PERKESO jika sudah mempunyai medical card, hibah dan critical illness.
Ketahui perbezaannya di sini.
Skim Lindung 24 Jam PERKESO: Perlu Lagi Ke Kalau Dah Ada Takaful?
Setiap kali majikan memperkenalkan Skim Lindung 24 Jam PERKESO, soalan yang sering timbul ialah:
"Saya dah ada medical card."
"Saya dah ada hibah."
"Saya dah ada perlindungan penyakit kritikal."
Masih perlu ke potong gaji untuk Skim Lindung 24 Jam?
Jawapannya tidak semudah "ya" atau "tidak".
Sebelum membuat keputusan, kita perlu memahami apa yang dilindungi oleh setiap pelan, kerana setiap satunya mempunyai tujuan yang berbeza.
Apa Itu Skim Lindung 24 Jam PERKESO?
Kebaikan:
- Perlindungan secara menyeluruh bagi kemalangan yang tidak berkait dengan pekerjaan
- Tempoh masa perlindungan 24 jam sehari kepada pekerja
- Pembiayaan kos rawatan perubatan oleh PERKESO
CARUMAN
Caruman ditanggung sepenuhnya oleh pekerja. Kadar caruman pekerja akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu:
- 0.75% untuk dua tahun pertama (Fasa Pertama),
- 1.0% untuk tiga tahun berikutnya (Fasa Kedua),
- 1.25% mulai tahun keenam dan seterusnya (Fasa Ketiga)
Gaji bulanan RM3,000
Fasa pertama: Sebanyak RM20.00 akan ditolak
Fasa kedua: Sebanyak RM30.00 akan ditolak
Fasa ketiga: Sebanyak RM37.50 akan ditolak
Berbaloi tak?
Bagi yang dah ada medical card, perlu ke mencarum Lindung 24 jam ni?
Penting untuk ada medical card, ia membantu membayar kos rawatan di hospital seperti:
- bil hospital
- pembedahan
- rawatan pakar
- ICU
- rawatan kanser (bergantung pelan)
Sumber: Ucare Medical Travel
Betul, bagi sesetengah pekerja yang dah mengambil medical card, kita fikir bahawa setiap kali kita masuk hospital, semua sudah dilindungi dan kita tidak perlu keluarkan duit lagi.
- Ada medical card kena bayar sendiri 10% dan 90% lagi syarikat takaful bayarkan. Ini dipanggil co-takaful.
- Ada medical card yang perlu dahulukan duit sendiri juga bagi tuntutan pertama kali, contoh deductibles RM500, RM5,000 malah ada RM20,000 juga mengikut pilihan pencarum.
Semua ini perlu pakai duit sendiri dan tidak dilindungi.
Satu lagi kelemahan medical card ialah ia tidak dapat menggantikan pendapatan jika anda tidak lagi bekerja.
- - - - - -
Jap, apa fungsi plan sakit kritikal?
Sakit kritikal merupakan kumpulan penyakit yang disahkan kritikal dan kronik oleh pegawai perubatan di bawah klasifikasi sakit khusus yang memerlukan rawatan yang lama untuk sembuh dan biasanya kos yang diperlukan untuk merawat adalah tinggi dan mahal.
Jika disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi, peserta menerima pembayaran sekali gus mengikut jumlah perlindungan.
Wang ini boleh digunakan untuk:
- menampung kehilangan pendapatan
- membayar komitmen bulanan
- mendapatkan rawatan tambahan
- kos penjagaan semasa pemulihan
Saya kongsikan beberapa situasi bagi memudahkan anda faham perbezaan Lindung 24 jam, plan sakit kritikal, medical card dan hibah.
Situasi 1
Kemalangan jalan raya.
Medical card membantu membayar bil hospital.✅
Skim Lindung 24 Jam mungkin memberi manfaat berkaitan kemalangan dan pemulihan jika syarat dipenuhi. ✅
Jika kemalangan menyebabkan hilang upaya kekal, hibah biasa tidak dibayar ❌
kerana hibah hanya dibayar apabila berlaku kematian (bergantung jenis pelan), manakala manfaat TPD jika ada mungkin terpakai mengikut syarat.
Situasi 2
Disahkan menghidap kanser.
Medical card membantu kos rawatan. ✅
Critical Illness memberi wang tunai. ✅
Skim Lindung 24 Jam biasanya tidak menggantikan manfaat penyakit kritikal kerana fokusnya berbeza. ❌
Situasi 3
Meninggal dunia.
Hibah memberi manfaat kepada keluarga.✅
Medical card tidak memberi pampasan kematian.❌
Skim Lindung 24 Jam mungkin mempunyai faedah kepada orang tanggungan atau waris dalam keadaan tertentu mengikut syarat skim.✅
Jadi Perlu Ambil Atau Tidak?
Tiada jawapan yang sesuai untuk semua orang.
Pertimbangkan beberapa perkara:
- Adakah anda sudah mempunyai perlindungan yang mencukupi?
- Adakah bajet bulanan anda mengizinkan?
- Adakah anda mempunyai tanggungan?
- Adakah anda mahu perlindungan tambahan untuk risiko kemalangan?
Bagi sesetengah orang, Skim Lindung 24 Jam boleh menjadi pelengkap kepada perlindungan sedia ada. Bagi yang lain, keutamaan mungkin lebih sesuai diberikan kepada perlindungan asas seperti penyakit kritikal, medical card dan hibah jika masih belum mencukupi.
Jika anda nak saya semak pelan takaful anda, tinggal mesej di bawah ya.

Comments
Post a Comment