Kalau Saya Xde, Anak-Anak Macam Mana?" — Soalan Yang Saya Elak Jawab Selama Ini





Pukul 11 malam. Anak-anak dah tidur. Saya duduk sorang-sorang di ruang tamu, scroll phone, dan tiba-tiba nampak status seorang kawan lama — dia baru sahaja kehilangan suaminya akibat sakit jantung mengejut. Umur suami dia baru 34 tahun.

Saya letak phone. Fikir panjang.
"Kalau jadi kat saya... anak-anak macam mana?"

Kalau awak pernah fikir soalan yang sama — awak tak keseorangan. Ramai wanita bekerjaya, terutamanya yang dah ada anak kecil atau sedang membina bisnes sendiri, simpan risau ni dalam hati. Tapi selalu kita tangguhkan sebab rasa "nanti dulu, belum urgent" atau "saya sihat je, tak perlu risau lagi."

Kenapa Kita Selalu Tangguh?

Jujur cakap, bukan sebab kita tak kisah. Sebaliknya — sebab kita terlalu sibuk fikir pasal orang lain sampai lupa fikir "macam mana kalau saya yang jatuh sakit atau xde dulu?"
Antara sebab biasa yang saya dengar dari client saya:

"Saya dah ada EPF, cukuplah tu." — Padahal EPF bukan untuk perlindungan sakit kritikal atau kematian mengejut.

"Nanti kalau ada duit lebih, saya settle." — Tapi bila "duit lebih" tu akan datang?

"Takaful ni mahal, kan?" — Sebenarnya banyak plan boleh disesuaikan dengan budget RM100-300 sebulan, ikut keperluan.

Apa Beza Takaful Dengan "Ada EPF/Simpanan Je"?

EPF dan simpanan tunai memang penting — tapi mereka tak direka untuk situasi mendadak macam:

  • Sakit kritikal yang perlukan rawatan segera (kanser, strok, serangan jantung)
  • Kehilangan pendapatan utama keluarga secara tiba-tiba

  • Kos perubatan yang boleh habiskan simpanan dalam masa singkat

Takaful berfungsi sebagai jaringan keselamatan tambahan — supaya walau apa jua berlaku, anak-anak dan keluarga masih ada sokongan kewangan untuk teruskan hidup, bayar yuran sekolah, dan kekal stabil, tanpa perlu bergantung pada simpanan yang mungkin belum cukup.

Bukan Tentang Takut — Tentang Bersedia

Saya faham, bercakap pasal sakit kritikal atau kematian bukan topik yang seronok. Siapa ja seronok diingatkan tentang mati? Huhu 😅

Tapi persediaan bukan tanda kita pesimis — ia tanda kita sayangkan keluarga cukup untuk fikir ke hadapan.

Macam kita pakai seatbelt bukan sebab kita jangka akan accident — tapi sebab kita nak just in case, keluarga kita terjaga.

Langkah Kecil Dulu

Awak tak perlu buat keputusan besar malam ni. Mulakan dengan:

1️⃣ Fikir
"Kalau something happen kat saya esok, apa yang keluarga saya akan perlukan dalam 6 bulan pertama?"
Bukan untuk buat awak takut — tapi untuk bagi gambaran jelas apa sebenarnya perlu dilindungi: yuran sekolah anak, sewa/bayaran rumah, keperluan harian.

2️⃣ Semak
Tengok balik apa yang awak dah ada sekarang — EPF, simpanan tunai, takaful sedia ada (kalau ada).
Soalan untuk tanya diri sendiri: Kalau semua ni digunakan sekaligus, cukup ke untuk cover 6 bulan tu?

3️⃣ Borak
Cari seseorang yang faham untuk borak — bukan untuk terus "beli," tapi untuk faham pilihan awak dengan jelas.
Fikir — kalau something happen kat saya esok, apa yang keluarga saya akan perlukan dalam 6 bulan pertama?

💡 Tips Cepat Ibu Bekerjaya:
  1. Set reminder bulanan untuk semak simpanan & perlindungan (5 minit je)
  2. Simpan senarai "kalau saya xde" — sekolah anak, nombor penting, dokumen — kongsi dengan suami/keluarga
  3. Jangan tunggu "bila ada duit lebih" — mula kecil dulu, tambah lama-lama



Kalau awak nak borak santai pasal ni — tak semestinya untuk terus ambil plan, just untuk faham lebih lanjut — boleh je DM atau WhatsApp saya. 💛

- - - - - - - -
Artikel ni ditulis untuk setiap ibu bekerjaya yang selalu utamakan orang lain dulu sebelum diri sendiri. Kali ni, luangkan 5 minit untuk fikir pasal diri awak juga. ❤️





Comments